Masuk U belum berjaya, kalau…

Uncategorized

Cara nak atasi masalah ni, carilah rakan-rakan serumah yang kaki masjid.
Kalau korang tak bangun subuh, adalah budak serumah tolong kejutkan.

..

Pernah ada kawan sekelas Aku kat unibesti ( Taknak sebutlah aku belajar u mane. Nanti korang ban pulak šŸ˜› ), bangun pukul 10 pagi sebab kelas start 10.30.

Then, Aku tanya dia,

“Mu bangun pukul 10 ni, mu solat subuh dok ?”

“Ehh. Ko takyah poyo sangat eh”   – sambil jeling-jeling dan tersengih kat Aku.

..

Mesti mak dia lagi poyo dari Aku sebab hari-hari duk tanya soalan macam Aku. -.-“

Alif yang Jaga Ikhtilat

Momen

It was aĀ suprising moment bila aku dengar Alif cakap,

“Boy denganĀ girl mane boleh pegang tangan”

Waktu ni Arissa nak pegang tangan Alif yang nak lintas jalan kat The Mines. Kitorang baru park kereta nak pergi Big Bad Wolf ( Amboihh,, kira rajin la baca buku )

 

Alif and Arissa ni both are my nephew. They are cousins.

Aku agak suprise la sebab depa baru umur 5 tahun kot. Tapi dah tahu bab pantang larang pegang tangan with opposite gender..

 

Kita tengok today’s reality dalam masyarakat, yang mengaku muslim dan akil baligh pun, tak malu nak sentuh laki pompuan.

Takkan depa tak tau bab haram bersentuhan laki pompuan bukan mahram ni. atau dah tahu sangat, tapi tak heran dengan ancaman Tuhan. atau memang nafsu dah membuak-buak sampai tak mampu nak dikawal dengan pikiran waras.

Ada juga yang memang betul tak tau, pasal tak dapat didikan agama yang baik sejak kecil

 

Sometimes, we should learn from kid. Even depa sendiri tak faham kenapa diorang bertindak begitu, at least, ada certainĀ message yang boleh kita ambil iktibar dari perangai mereka.

Why A Student Work for C Student

Koleksi Buku

ā€‹Lepas sebulan kakak aku belikan buku “Why “A” Students Work for “C” Students”, akhirnya aku berjaya habiskan pembacaan buku ni.. HAHA.. šŸ˜€

Bukan senang aku nak luangkan masa untuk baca buku 400++ pages nih..

Biasanya, aku jarang dapat habiskan baca sebuah buku even dalam masa sebulan. Biasalah, nak study subjek subjek kat unibesti lagi..  nak manage bisnes aku lagi.. Nak buat kerja kerja persatuan lagi..

Tapi aku still habiskan salah satu buku Robert T Kiyosaki nih dengan jayanya. Gigih betol usaha aku untuk habiskan.. Aku kan budak baik.

Robert menembak persoalan, kenapa ramainya student “A” bekerja untuk pelajar gred “C” ?

“A” Student -> Merujuk kepada pelajar pelajar pintar di zaman sekolah & unibesti.. Mereka bijak dalam subjek subjek yang mereka pelajari. Spesis ini jugak sangat pandai menjawab soalan soalan exam dengan baik sehingga mereka sentiasa diiktiraf sebagai pelajar pintar ketika di alam pengajian.

“C” Student -> Golongan ni adalah golongan yang dianggap tak pandai. Kebanyakan mereka adalah pemalas untuk belajar secara formal. Mereka cuma belajar sesuatu ilmu yang mereka sedar ianya memberi manfaat kepada kehidupan mereka.

Dalam buku ni jugak, Robert Kiyosaki ada cerita sedikit mengenai golongan pelajar “B”.. Pelajar “B” adalah student biasa biasa ketika di sekolah. Tak sepower pelajar A.. Tapi taklah nampak loser macam student C. Robert mengkategorikan pelajar B sebagai pekerja kerajaan.

Kenapa Pelajar A bekerja untuk pelajar C ?

Didalam buku ni, Robert mengatakan bahawa, pelajar A adalah mereka yang fokuskan dirinya untuk menguasai pelajaran pelajaran di sekolah atau unibesti,

Namun, kelemahan utama kelompok ni adalah, mereka tak belajar ilmu-ilmu diluar skop subjek yang mereka dapati di institut pengajian. Mereka merasakan itu semua tak penting kerana sejak kecil, kita terus dijampi oleh guru dan ibubapa dengan kata-kata, “Kamu perlu pergi sekolah, dapatkan gred yang bagus & dapatkan kerja yang bagus”

Pelajar A menganggap, dengan mendapatkan gred yang tinggi, maka mereka akan peroleh kerja yang bagus dengan gaji yang tinggi.

Mereka mengikut flow pembelajaran dengan baik untuk pastikan, mereka bakal peroleh pekerjaan berstatus tinggi.

Berikut adalah sedikit petikan yang diperkatakan oleh Robert Kiyosaki dalam buku ini

“Sekolah mengajar kita supaya menyimpan fakta dalam kepala. Namun apabila kita sudah tamat persekolahan, kita selalunya hanya perlu tahu di mana fakta disimpan supaya mudah untuk kita mencari”

“Ataupun siapa yang dapat kita hubungi apabila kita memerlukan fakta itu”

Cara prestasi kita diukur di sekolah tidak banyak kaitannya dengan ukuran kepintaran kita.

Ia juga tiada kaitan dengan penentuan sama ada kita akan berjaya atau tidak.

Prestasi di sekolah selalunya adalah ukuran tentang hasil ujian yang kita lalui.

Ia bukan ukuran sebenar kepintaran yang ada pada diri kita sejak dilahirkan

Sekolah bukan penentu antara kita seorang yang bijak atau bodoh. Ia  sekadar ujian.

Pelajar C pula, walaupun mereka kelihatan terkebelakang dan loser dizaman sekolah, tapi mereka sebenarnya sangat pintar. Mereka tidak menguasai subjek subjek disekolah seperti sains, matematik dan english dengan baik, bahkan kebanyakan mereka selalu dapat result cukup cukup makan atau hampir gagal.

Namun ada kelebihan lain bagi pelajar C. Mereka sangat cekap belajar di luar bilik darjah. Rata rata dari mereka menguasai pelbagai kemahiran. Mereka kreatif. Mereka juga suka belajar sesuatu secara tak formal.

Pelajar C adalah pelajar yang fleksibel. Mereka menguasai ilmu survival yang membolehkan mereka hidup dimana sahaja dengan baik.

Tambahan, Robert banyak merumus mengenai financial management ( Pengurusan Kewangan ). Mata pelajaran ini tak diajar disekolah, menyebabkan pelajar A kecundang dalam pengurusan kewangan. Ingat ! Mereka cuma kuasai subjek yang mereka pelajari di sekolah. Bagi pelajar C pula, mereka belajar subjek ni di luar bilik darjah.

Dalam bab pengurusan kewangan, pelajar C sangat pintar mencari pekerjaan dan menabung. Mereka handal mengurus wang saku mereka. Akhirnya, pelajar C berjaya membuka perniagaan mereka sendiri. Mereka love to take risk. Tidak takut dengan risiko.

Disebabkan pelajar C tak berapa cerdik dalam ilmu-ilmu formal, mereka cuma perlu dapatkan lebih ramai golongan cerdik pandai untuk menguruskan perniagaan mereka.

Cerdik Pandai = Student A

Student A masih berpegang dengan mitos “Pergi ke sekolah, dapatkan gred yang bagus dan dapatkan kerja bergaji tinggi”.. Sekolah tak menyediakan mata pelajaran pengurusan kewangan, menyebabkan ramai pelajar A mati akal mengenai pengurusan kewangan.

Lalu, student A mula mencari pekerjaan-pekerjaan setelah mereka tamatkan zaman unibesti. Dan sudah pasti, pelajar C menyediakan peluang pekerjaan kepada mereka memandangkan student C berpegang dengan prinsip orang kaya, “Learn from smart people, then hire them”.

Pelajar C tak suka menghabiskan waktu dengan belajar perkara yang mereka rasakan tak perlu bagi mereka. Perkara yang remeh dalam menguruskan syarikat, hanya perlu diberi kepada mereka yang pakar dalam bidang tersebut. Mereka menggaji pelajar A kerana pelajar A adalah tergolong dalam pakar bidang. Pelajar C suka menggaji mereka mereka yang pintar untuk syarikat mereka.

Apart from that, buku Why “A” Students Work for “C” Students juga merungkai taraf pekerjaan pelajar B. Robert berkata, “B” student work for Government.

Kenapa pulak geng geng “B” kerja kerajaan ?

Kerajaan mengambil pekerja berdasarkan status layak. Jika seseorang itu memenuhi requirement yang diperlukan, mereka bakal memperoleh pekerjaaan tersebut. Requirement untuk kerja kerajaan mostly di tahap biasa-biasa untuk non-professional job. Thay why B student banyak bekerja dengan kerajaan.

Terlampau banyak info yang aku dapat daripada buku ni. Memang bagus walaupun agak kapitalis pemikiran Si Robert ni. So, cukup setakat ni aku kongsi. Dan, aku bakal usahakan untuk tulis part 2 punye, InshaaAllah.